Monday Blues? Oh...that's not good.Let's have some fun and be fresh..Peach,gold and bow are a good combinations..Try and see the result!Have a splendid day everyone..
Monday, December 19, 2011
Wednesday, December 14, 2011
People Powered Concert (Part 1)
PEOPLE
POWERED CONCERT BY YUNA
Am really excited right now..just login and the concert will start at 8 pm tonite
can't wait to watch it!!!!love yuna <3
(for 10 000 hotlink user only) JANGAN JELES!!HAHA..
login page
before the concert begin..yeah, stay tuned!
Monday, December 5, 2011
Asyura
Hello peeps!!! It's not too late to say, Welcome December!! Cepat betul masa berlalu..Sempena bulan yang mulia ini iaitu bulan Muharram, di harapkan kita semua mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah S.W.T.
What's so great about bulan Muharram ni?
Bulan pertama
Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam sistem kalender Islam dan bulan Muharram adalah salah satu dari empat bulan haram atau bulan
yang dimuliakan Allah. Empat bulan tersebut adalah, Dzulqa’dah,
Dzulhijjah, Muharram dan Rajab. Allah Ta’ala berfirman yamg artimya:
“Sesungguhnya jumlah bulan di kitabullah (Al Quran) itu ada dua belas
bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, empat di antaranya adalah
bulan-bulan haram,” (QS. At Taubah: 36)
Kata Muharram artinya ‘dilarang’. Sebelum datangnya ajaran Islam,
bulan Muharram sudah dikenal sebagai bulan suci dan dimuliakan oleh
masyarakat Jahiliyah. Pada bulan ini dilarang untuk melakukan hal-hal
seperti peperangan dan bentuk persengketaan lainnya. Kemudian ketika
Islam datang, bulan haram ditetapkan dan dipertahankan sementara tradisi
jahiliyah yang lain dihapuskan termasuk kesepakatan tidak berperang.
Asyura
Bilakah 'Asyura'?
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat
'Asyura' adalah pada 9 Muharram. Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha'
berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.
2. Bila Sunnah Puasa?
Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah
satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut)
berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9
Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10
Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.
3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam
Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka
puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih
berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura')
kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk
mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka
sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.
4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku
akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun
berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath
(berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat
berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari
pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.
5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita
tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.
6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).
7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai
sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila
dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.
8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna
Muhammad Alhajjar, menakalkan kitab Almadkhal oleh Ibnul Hajj, para
salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan
banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya,
bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah
dan berbuat baik.
9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia
tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak,
bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang
soleh dan para ulamak.
10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?
Ada.
Do'a dibaca pada hari 'Asyura'
11. Apa hukumnya merobek
pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan
oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis
daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada,
mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap
seperti ratapan kaum jahiliyyah)."
Diharapkan semua Muslim dapat menghayati bulan Muharram ini dengan sebaiknya semoga kita semua mendapat keampunan dan rahmat dari Nya.Amin.
Articles/text taken from eramuslim & iluvsilam.
Monday, November 7, 2011
Sunday, November 6, 2011
SALAM.AIDILADHA.
Salam Aidiladha kepada semua umat Islam. Semoga segala ibadah dan amal kebajikan yang kita lakukan diterima oleh ALLAH. Semoga kita semua mendapat keampunan, keberkatan dan rahmat-NYA di bulan yang mulia ini. Tingkatkan amalan dan berubah ke arah yang lebih diredhai. Semoga kita semua tergolong di kalangan hamba-hambanya yang soleh dan beriman.Amin.
Tuesday, October 25, 2011
Dare.to.dream.
Goodbye Monday, hallo Tuesday. Hye peeps!!
Saya amat merindui bumi Aussie. Apabila saya melihat gambar2 mereka, saya teringat kembali segala kenangan yang saya miliki di bumi kanggaru itu. Saya pernah berjanji dengan diri sendiri yang saya akan kembali ke situ. Saya mempunyai impian dan cita-cita untuk melanjutkan master di sana. Pengalaman bersama pelajar2, pensyarah dan masyarakat di sana membuatkan saya bertekad dan berharap untuk kembali ke sana semula. Saya tidak pasti bila, namun saya sentiasa berdoa agar Tuhan memakbulkan doa saya. Saya berusaha kuat untuk memastikan segala impian saya ke sana suatu hari nanti akan berjaya. No pain no gain right? I really hope that I'll make it.
p.s: dare to dream and never give up! make your dreams come true..
Tuesday, October 18, 2011
Purple.Graduation.Gown
MY GRADUATION
26 SEPTEMBER 2011
SIDANG 6
DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK (DECTAR)
To my lovely friends
We’re graduating, and we know
Our lives will be different and new;
We’re going out into the world,
Our goals and dreams to pursue.
Our lives will be different and new;
We’re going out into the world,
Our goals and dreams to pursue.
But one thing will never, ever change,
As we go our separate ways;
The friends we’ve made in school will be
Our friends for all our days.
As we go our separate ways;
The friends we’ve made in school will be
Our friends for all our days.
The special ties and attachments we’ve made,
These bonds will never be broken;
We’ll continue to feel that special bond,
Though words may not be spoken.
These bonds will never be broken;
We’ll continue to feel that special bond,
Though words may not be spoken.
So it’s not "goodbye," but rather "farewell;"
I’ll see you again, my friend.
Your friendship means a lot to me,
And it will never end.
I’ll see you again, my friend.
Your friendship means a lot to me,
And it will never end.
By Joanna Fuchs
Thank you to all those who came
Thank you for the lovely presents
Thank you to our photographers: Hidir, Suhaila, Fatin, Miza, Ajai & Izzat
Thank you for everything.. I really appreciate it!
Sunday, September 11, 2011
Nasi.Impit
Hye peeps!!Hari ini sangat kepenatan coz pergi JB balik hari dan esok all my mom's friends nak datang raya. So, banyaklah benda yang perlu disediakan dan masak. And even right now, I'm busy cooking instant nasi impit. Cepat dan mudah. Honestly, I don't like cooked nasi impit coz it's so leceh. So, badan memang tahap letih sangat tetapi kena tolong gak mama rebus nasi impit..Okaylah, enough for today. Maw sambung tengok nasi impit dan i'll update later on.
Friday, September 9, 2011
.Last Year's Winter.
Assalamualaikum. Have a blast Friday! Actually, masa tengah tengok gambar tadi, tetibe teringat kenangan semasa kat Aussie. Such a great experience! Yups, I have met so many people. And, I had a crush on someone there.LOL..sempat je nak crush dengan orang di sana. The most important is, I learned to be more stronger and independent. It is not easy to handle such a huge project and be a leader at the same time. I cried a lot. I sacrificed so many things, but it's worth it. I'm not regret it at all. That's life all about.
.The five of us.
.Next plane: Melbourne-Canberra.
.Bored because the flight was delayed.
.It's Canberra.
.Delhi6.
.Australian National University (ANU).
p.s: Dare to dream!!
Wednesday, September 7, 2011
Salam lebaran
salam lebaran
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Oh yea, walaupun lambat, but still nk juga wish..LOL. Bila raya camni, penuh gambar kat wall fb and even kat twitter. Even pasal open house pun banyak. Iyalah, time2 camnilah dapat pergi ziarah family2 yang jauh dan jumpa rakan2 yang lama xjumpa. Apapun, enjoy ur raya n drive carefully =)
This year, raya di melaka then perak. Ikut turn ea, baru adil! Alhamdulillah, dapat juga duit raya even dah nak konvo end of this month (actually, coz badanku yg petite ni). Last chance before kerja.. Next raya, turn bagi duit raya plak =p Insyaallah.
Wajah- wajah di pagi raya
muka "SUCI" di pagi raya
muka cam baru lepas cerai.LOL..
my auntie: excited dapat pegang baby *muka excited*
muka xsabar nak duit raya (atuk pun bagi duit raya, CoolLAH)
muka gembira dapat makan after puasa sebulan
rempeyek pun jadilah..lapar sangat dah nie!
kanak-kanak comel *baby face gitu*
muka tekun mengadap game
(hancus!!orang beraya, dia sibuk main game)
Pelbagai wajah dan reaksi dapat dilihat ketika hari raya. Especially, budak2 kecil yang excited beraya coz nak kumpul duit raya. Apa2 pun, ingatlah pada yang xberkemampuan dan serba kekurangan (Cam mesej iklan plak). Sambutlah raya secara bersederhana dan penuh keberkatan. ChIllax and have fun!!! =)
p.s: sore throat. melantak air sejuk xingat dunia. Sayangi tekak anda.PEACE!!
Subscribe to:
Posts (Atom)