Tuesday, November 6, 2012

Oh November..

Assalamualaikum & Hello November. 

Alhamdullilah, semenjak bergelar seorang wanita bekerjaya (oh yeay, really?), kehidupan menjadi semakin sibuk dengan bebanan kerja. Kehidupan menjadi seorang yang sudah bekerjaya penuh dengan onak & duri. Sebab tu, orang kata zaman belajar lagi best berbanding kerja. Yups, I agree with that statement. Coz it's not same anymore. Mestilah dah  tak sama kan..Kerja & belajar adalah dua benda yang berbeza..

Bila bekerja, tiada sesiapa yang akan bantu kita jika kita buat kesalahan. Semua tugasan & tanggungjawab di galas di bahu sendiri. You need to be independent & always know you're job scope very well. Sangat berbeza masa belajar dulu. Dulu kalau xsiap assigment boleh je pinjam & tiru kawan, kalau dah kerja semua kena selesaikan sendiri. Mana boleh pinjam & tiru kawan punya..Kalau masa belajar malas nak pergi kelas, boleh ponteng je sesuka hati. Bila dah kerja, malas macam mana sekalipun, tetap kena pergi kerja.. 

So, semakin meningkat dewasa, semakin banyak cabaran & dugaan yang perlu kita tempuhi. Semuanya demi mendewasakan diri kita. Tiada kejayaan tanpa kegagalan, tiada kesenangan tanpa kesusahan, tiada kelapangan tanpa kesempitan dan tiada yang sia-sia tanpa usaha yang gigih. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri. InsyaAllah, kita perlu yakin dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t untuk setiap hamba-hambanya.

Selingan:
Met these two lovely & gorgeous besties Suhaila Hashim & Fatin Faseeha last Saturday! Thanks for everything babes. They are my sunshine & they are my rainbow..Till we meet again :)

 .me.sue.atin.

.The.real.us.

 .Forever.together.

 p.s.: True friends will never leave you alone. They never "fake" and always give a good vibe to you. Appreciate them & let them know how much you love them..

Thursday, October 25, 2012

Salam.AidilAdha.




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA PADA 
SEMUA UMAT ISLAM..

Semoga segala amalan kita diterima Allah. Hayatilah ibadah korban dengan sebaik-baiknya..Ingatlah pada yang kurang berkemampuan.Kita sebagai hambanya hendaklah selalu memanjat kesyukuran terhadap segala kurniaan yang telah diberikan. 
Ingatlah di saat kita merintih kesusahan,ada yang lebih susah dari kita. Disaat kita mengadu kesakitan, ada lagi yang menanggung segunung derita. Sesungguhnya semua yang kita miliki adalah milik-Nya. Kita hanya meminjam sedikit daripada apa yang dikurniakan Tuhan. 
Semoga ibadah korban ini membawa seribu keinsafan dan kebaikan dalam diri kita.InsyaAllah :)

Tuesday, April 3, 2012

Yesterday and yesterday

Assalamualaikum.
Dah lama rasanya xupdate blog ni. Bukan apa,malas mahu menaip sebenarnya..Actually, aku buzy dengan menguruskan hal2 di rumah dan usaha-usaha dalam mencari pekerjaan. Yups, sampai sekarang ni aku still jobless a.k.a penganggur. Bukan xada dapat kerja tapi terpaksa tolak coz ada yang parents aku xbagi & ada yang terikat dengan kontrak. Aku dahlah terikat dengan jpa. Eventhough, aku terikat dengan jpa, bukannya confirm aku dapat keje dari kerajaan tapi disebabkan tak nak kena saman in case kerajaan panggil, so terpaksa lepaskan keje yang bergaji mahal di Astro tu. Last2, parents aku suruh minta balik keje tu. Lawaklah, dah tolak then mahu minta balik. Xsilap diaorang dah start recruit orang kot. Itu namanya bukan rezeki.

Actually, aku xadalah stress sampai tahap desperate gila maw keje tapi aku sentiasa tak putus asa untuk cari keje. Even, aku ada nak apply kat luar negara kot tapi disebabkan xada pengalaman, so memang xlayaklah. Misi mencari keje tetap diteruskan. So, last week on Saturday aku dan yana telah pergi mid valley coz kat situ ada Career Fair (MTCF) yang diorganize oleh Jobstreet & PWTC. Honestly, nasib baik ada gak orang maw teman pergi, kalo tak memang forever alone lah aku. Overall, MTCF tu okaylah tapi xbanyak peluang untuk bidang aku. So, misi diteruskan ke PWTC. Kat PWTC ni booth xbanyak macam kat mid, coz ramai yang dah participate kat mid tu kot. Tapi still gak cuba nasib, mana tahu if ada peluang keje kan. Tapi, mostly booth yang ada untuk peluang pekerjaan yang insurance etc. Sempat gak aku dan yana pergi booth GEMS coz before tu kita orang dah pergi satu booth pasal peningkatan kerjaya (lebih kurang) tapi yang tu swasta kena bayar sampai RM 3800 okay. Pergh!! maw terbeliak biji mata dengar amount untuk kursus tu. So, kita orang pun pergilah booth GEMS eventhough before tu dah lalu dah depan booth GEMS tu. Tapi juz lalu je, lepas dengar penerangan kat booth yang tawarkan kursus mahal tu, terus kitaorang pergi balik kat booth GEMS tu.
Inilah GEMS aku maksudkan dari tadi
Then, masa nak tanya soalan kat orang di booth GEMS tu, aku tetibe jadi speechless coz mamat yang jaga booth GEMS tu hensem kot (sempat je nak speechless depan mamat hensem!). Then, aku suruh yana tanya, then dia pun sama gak macam aku..haha. Inilah yang dinamakan sindrom lelaki hensem (SLH) bak kata kawan masa time praktikal dulu kat aku. Nasib baik kejap je speechless, then kita orang pun tanya soalan bertalu talu kat mamat tu..Aku tak boleh bayangkan betapa excitednya kita orang time tu sampai aku wat decision maw join program GEMS tu kat Sabah. Semangat okay..Actually, bukan sebab mamat tu okay, sebab aku rasa program tu sangat berguna untuk orang yang takda pengalaman bekerja cam aku ni. Then, lepas settle tanya soalan kat booth GEMS tu, aku dan yana pun pergi shoes festival kat tempat yang sama gak.

 
me with Jimmy Choo's collection


 
yana.thanx so much :)





some of the unique shoes..absolutely unique & beautiful




pictures credit to yana.
edited by me.

p.s: If you really want something,and really work hard for it,take advantage as opportunities,and never give up.you will find a way..

Wednesday, February 29, 2012

WW: Leap Year 2012



29th february 2012 
Assalamualaikum. Happy Leap Year everyone!Leap years generally occur every four years. So pada sesiapa yang lahir pada tarikh ni, Happy Birthday!

Tuesday, February 7, 2012

Improve Yourself #1



 

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
  

 [Petua Imam Syafie]

*taken from facebook =)