semalam, bermula dengan suatu panggilan telefon daripada shah yang mengajak aku, dani n dayah untuk menemaninya ke shah alam membawa kepada suatu kenangan yang terindah buat kami dan jua buat insan yang diraih iaitu mai. sehingga buat shah sampai mahu senyum sendirian dek kerana terlampau gembira n terharu.
happy birthday mai yang ke-20!!!!
kronologi peristiwa 13.12.2010:
- Bermula dari ukm, kami berjalan di sekitar bangi mencari kedai kek yang buka. namun, jam sudah menunjukkan jam 10. kebanyakkan kedai kek sudah pun tutup. harapan tinggal harapan =(
- kemudian, makan malam di kedai D Limau Nipis bagi mengisi perut yang lapar..pelbagai idea dan cadangan diutarakan pada shah. namun, shah sendiri yang xtetap pendirian asyik berubah fikiran sahaja. So, cadangan dibatalkan.
- ketika di bank islam, aku, dani n dyah mengutarakan idea kita orang buat kali yang terakhir..hahahaha..akhirnya shah setuju dengan idea kita orang.
ini hasilnya..sweetkan =)
balutan reben oleh dani n dyah.
gubahan ayat oleh iqah, dyah n shah.
- Shah alam: akhirnya mai terima hadiah besdaynya. thanks untuk pakguard yang menolong..sampai ada orang asyik teringat pada pak guard aja...hahahhaa.
- Dek kerana terlalu gembira n terharu, shah pun bawalah kita orang jalan2 pergi i-city. dia mahu tersenyum sorang2 katanya..hahahaa.bila hati sudah gembira, tiada kata yang dapat mengambarkannya..ececeh2.
berhenti seketika kat shell.sempat aja bergambar =)
~~ again!!i-city ~~
sesi bergambar pun bermula!!!!
- then, setelah penat berjalan n bergambar kat i-city, kami ke uptown shah alam...berjalan2 n makan lagi sekali kerana perut lapar dek penat berjalan kat i-city tadi.
- 3.00 pagi: kembali semula ke ukm =)
13.12.2010 hanyalah sebuah kisah kami (birthday planner...hahahaa) yang menemani shah untuk membuat kejutan pada insan tersayangnya, mai yang menyambut hari lahirnya yang ke 20 tahun. Happy n enjoy sangat.
hopefully, hubungan uolz berkekalan yer.
Sekian.
p.s.:kerjaya terbaru iaitu birthday planner..hahahaa.
No comments:
Post a Comment