Monday, January 9, 2012

January 9, 2012

Assalamualaikum and hello peeps! 9.01.2012, hari ni penuh wall facebook & twitter tentang pembebasan DS Anwar Ibrahim. Honestly, I'm not interested to give any comment regarding that matter. But, as Malaysian still kena ambil tahu hal2 berkaitan politik right? Even I'm not interested in politic at all. So, let's talk about something else. Yeay, di dalam kesibukan membaca tentang kes DSAI, ternampak plak video Anwar Hadi. So, tanpa buang masa, jari ni cepat cepat sign in acc Youtube dan layan semua vlog Anwar Hadi yang xtengok lagi. Anwar Hadi ni memang dah femes sama macam MatLuthfi. Ada gak yang lain, tapi selalu layan vlog dua orang nie jer.Okay, masa tengah layan video Anwar Hadi ni, video ni sangat menarik perhatian aku. Try watch it first. Video ni baru diupload semalam.
 
Actually, apa yang Anwar Hadi ni cakap ada betulnya. Aku setuju dengan pendapat dia. Kalau betul lah nak kebebasan akademik tu, plizlah guna saluran dan cara yang betul. Honestly, aku memang xsuka demonstrasi dan rusuhan semua ni. Lagi banyak keburukan daripada kebaikannya. Orang yang bijaksana tidak akan membuat sesuatu yang sia-sia dan tidak mendatangkan hasil. Apatah lagi, merugikan dan menyusahkan orang lain. Berfikir dahulu sebelum bertindak. Sebagai mahasiswa, utamakan pelajaran dahulu. Fikir tentang diri sendiri dan keluarga. Cuba tanya dan muhasabah diri sebelum melakukan sesuatu." Kalau aku buat camni, apa yang aku & keluarga aku dapat? Bermanfaat atau sia-sia?". So, think wisely yea! 

Untuk renungan bersama: Daripada kita sibuk komen tentang kes DSAI dan memburukkan mana2 pihak, lebih baik kita muhasabah diri kita dahulu sebelum kita meletakkan hukuman ke atas orang lain. Siapa kita untuk menilai dan menghukum seseorang itu baik mahupun jahat. Itu semua adalah kerja Allah kerana DIA lebih mengetahui tentang sesuatu yan tidak kita ketahui. Secara jujur, dunia ini hanyalah sandiwara yang sementara dan tidak kekal. Sebelum kita cuba mengubah orang lain, cubalah memperbaiki diri sendiri dahulu. Kita hanya manusia yang lemah, setinggi mana ilmu yang kita miliki, ingatlah, semua itu milik ALLAH. May ALLAH bless us.

No comments:

Post a Comment